Thursday, June 11, 2009

Pak Pandir Membijak

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul tahi yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul tahi.



Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji "sampel" najis berkenaan dengan menjalankan satu eksperimen yang simple bagi mengenalpasti sampel tersebut.Pak pandir tengok ngan lebih dekat sampel tahi tersebut,seraya berkata:

'Bentuk macam tahi...' Lepas tu dia pegang pulak tahi tu, lalu dia berkata, lembik...macam tahi.'

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam tahi.'

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan tahi tu lalu dia pun
mengambil keptusan untuk menjilat sedikit tahi tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat tahi berkenaan dia pun menjerit...

'MEMANG TAHI! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

No comments:

Post a Comment